Tuesday, October 22, 2013

Syoknya berkongsi dengan teman..

Bismillahirrahmanirrahim..

Syukur Alhamdulillah, semalam saya sudah kongsikan berita gembira tentang kehamilan saya pada teman-teman rapat terutama pada mereka yang mempunyai masalah seperti saya, iaitu usia perkahwinan menjangkau 2-3 tahun, tetapi masih belum dikurniakan seorang cahaya mata.

Sejujurnya, saya sangat-sangat memahami perasaan mereka yang inginkan kehadiran cahaya mata dalam perkahwinan mereka, begitu juga saya. Di sini saya kongsikan sedikit bagaimana perasaan saya sepanjang 3 tahun perkahwinan kami.

Sewaktu awal perkahwinan dahulu, saya agak ragu-ragu adakah saya di beri peluang oleh Allah S.W.T untuk bunting pelamin? Hehe.. Yelah, saya sendiri tidak begitu yakin pada mulanya, memandangkan saya mempunyai masalah 'period pain' (senggugut) teruk sedari sekolah menengah lagi.

Dari tahun ke tahun, saya menunggu dengan sabar dan sentiasa mengharapkan keajaiban itu.. Kalau nak cakap pasal kecewa tu memang la.. sebab setiap bulan saya mengharapkan tidak period iaitu hamil.. huhu... Tapi saya frust juga la sebb setiap kali cek UPT, keputusannya pasti negatif.

Sejak itu, saya malas dah nak fikir lagi soal ini dan teruskan sahaja kehidupan saya dengan gembira. Orang kata tak boleh stress kan.. So, saya dan suami menggunakan peluang ini untuk lakukan apa sahaja aktiviti bersama dan fokus pada kerjaya kami. Saya dan suami yakin, Allah akan berikan rezeki itu TEPAT pada waktunya.Dan Alhamdulillah, setelah tahun ke3 kami, Allah mengurniakan anugerah yang tidak terhingga ini.

So, saya pun berkongsi pada rakan-rakan saya yang senasib dengan saya tentang ikhtiar.. Ya..kita harus sentiasa berikhtiar.. Yang penting, jangan mudah putus asa dan sentiasa mencuba. Insha Allah, rezekinya akan ada juga nanti. Cuma cepat atau lambat sahaja.

Jadi, sekarang ni saya sudah kongsikan apa yang saya amalkan kepada seorang sahabat saya dan Insha Allah, saya akan cuba bantu beliau..

Okay ya, ni pun dah lewat pagi, mata masih tak mengantuk lagi.. saya harus berehat demi baby tercinta.. hehe...

Assalamualaikum semua..

No comments:

Post a Comment