Monday, October 28, 2013

My Journey Being A Mommy - Week 8-12

Alhamdulillah.. perjalanan kehamilan saya sudah hampir melepasi 1st trimester.. Cepatla wahai masa.. saya nak sihat dan cergas seperti biasa.. So far, saya sudah mula mengalami morning sickness seawal bangun pagi..Pasti kepala pening berdenyut-denyut dan tekak loya dan mual. Keadaan ini merungsingkan saya kerana menjejaskan produktiviti kerja-kerja bisnes.. Tapi saya hanya bersangka baik sahaja pada Allah, kerana rezeki ini sungguh tak ternilai dalam kehidupan saya suami isteri.. ^_^

Dugaan untuk minggu2 terakhir 1st trimester ialah sakit pinggang dan belikat yang amat sangat.. belikat kanan saya terlalu sakit sehinggakan buatkan saya demam beberapa kali.. Memang betul.. dugaan ibu mengandung ni memang bermacam ragam.. setiap orang tak kan sama..

Akhirnya saya berurut dengan seorang bidan.. Alhamdulillah, lepas urut tu memang lega la sikit berbanding sebelum ini.. Tapi ada perkara yang mengejutkan saya ialah, yang sakit sangat di belikat tu bukan saje2 tau.. Rupanya ada 'benda' menumpang di bahu saya.. 'benda' tu nak kwn ngn saya.. huhu.. 


Ya Allah.. dugaan apakah ini.. patutla baru2 ini saya sering bermimpi yang aneh2 terutama kerap bermimpi hantu dan kubur.. Lepas mimpi saya pasti akan rasa takut.. Mujurlah saya dapat di rawat dengan bidan tersebut dan dimandikan dengan air limau dan daun kelo.. Dan atas nasihat bidan dan hikmah kejadian tersebut, saya semakin kerapkan membaca Yaasin dan doa2 pendinding supaya saya dan baby dalam kandungan ni selamat dari gangguan jin dan syatitan.. 

Nauzubillah.. benda tu bukan nak berkawan je, tapi di hantar oleh 'seseorang' yang sgt saya kenali.. Tapi tak mengapa, Allah itu Maha Adil.. biarlah Allah yang membalasnya.. saya tak nak berdendam dengan sesiapa pun..

Berkaitan mengidam pula, banyak benda yg saya idamkan.. hehe.. Tp bukan bukan2 tau.. saya mengidam sebb saya nak hilangkan rasa loya tekak ni je.. lagipun tekak pahit dan demam berulang2..So, apa sahaja yang saya teringin nak makan, en suami tersayang pasti akan carikan.. Wah!! En suami pun Alhamdulillah tak de masalah untuk melayan kemahuan saya.. Dia on je... hehe..

Ni antara makanan yang saya teringin dan hampir kesemuanya dapat di penuhi oleh en suami tercinta..


No comments:

Post a Comment