Friday, January 3, 2014

Dugaan Allah menguji iman kami

Bismillah..

Wah.. hampir sebulan saya tidak update blog saya ni. Kesibukan menguruskan urusan perniagaan spa saya dan melayan pelanggan yang datang. Maklum sudah ketahui, yang saya merupakan pemilik spa kecantikan. Jadi, setiap hari saya akan menghabiskan masa di spa.

Nak dijadikan cerita, saya pernah story pada entry yang lalu berkenaan gangguan yang saya hadapi suami isteri. Dan gangguan tersebut membuatkan perniagaan saya semakin drop. Jadi, bulan Januari merupakan bulan yang mencabar kerana pada akhir Disember lalu saya sudah menyatakan hasrat hati pada suami untuk jualkan perniagaan spa kami yang sudah kami tubuhkan semenjak 2011 lagi. Mulanya memang dia tidak setuju, tetapi akhirnya akur dengan reason saya..

Jadi, bermulalah sesi mencari pembeli yang ingin take over perniagaan kami. Nanti saya akan share perjalanan kami dalam menjual spa kami ya.. So, lepas ni saya akan lakukan perniagaan spa hanya dari rumah sahaja..