Monday, October 28, 2013

My Journey Being A Mommy - Week 8-12

Alhamdulillah.. perjalanan kehamilan saya sudah hampir melepasi 1st trimester.. Cepatla wahai masa.. saya nak sihat dan cergas seperti biasa.. So far, saya sudah mula mengalami morning sickness seawal bangun pagi..Pasti kepala pening berdenyut-denyut dan tekak loya dan mual. Keadaan ini merungsingkan saya kerana menjejaskan produktiviti kerja-kerja bisnes.. Tapi saya hanya bersangka baik sahaja pada Allah, kerana rezeki ini sungguh tak ternilai dalam kehidupan saya suami isteri.. ^_^

Dugaan untuk minggu2 terakhir 1st trimester ialah sakit pinggang dan belikat yang amat sangat.. belikat kanan saya terlalu sakit sehinggakan buatkan saya demam beberapa kali.. Memang betul.. dugaan ibu mengandung ni memang bermacam ragam.. setiap orang tak kan sama..

Akhirnya saya berurut dengan seorang bidan.. Alhamdulillah, lepas urut tu memang lega la sikit berbanding sebelum ini.. Tapi ada perkara yang mengejutkan saya ialah, yang sakit sangat di belikat tu bukan saje2 tau.. Rupanya ada 'benda' menumpang di bahu saya.. 'benda' tu nak kwn ngn saya.. huhu.. 


Ya Allah.. dugaan apakah ini.. patutla baru2 ini saya sering bermimpi yang aneh2 terutama kerap bermimpi hantu dan kubur.. Lepas mimpi saya pasti akan rasa takut.. Mujurlah saya dapat di rawat dengan bidan tersebut dan dimandikan dengan air limau dan daun kelo.. Dan atas nasihat bidan dan hikmah kejadian tersebut, saya semakin kerapkan membaca Yaasin dan doa2 pendinding supaya saya dan baby dalam kandungan ni selamat dari gangguan jin dan syatitan.. 

Nauzubillah.. benda tu bukan nak berkawan je, tapi di hantar oleh 'seseorang' yang sgt saya kenali.. Tapi tak mengapa, Allah itu Maha Adil.. biarlah Allah yang membalasnya.. saya tak nak berdendam dengan sesiapa pun..

Berkaitan mengidam pula, banyak benda yg saya idamkan.. hehe.. Tp bukan bukan2 tau.. saya mengidam sebb saya nak hilangkan rasa loya tekak ni je.. lagipun tekak pahit dan demam berulang2..So, apa sahaja yang saya teringin nak makan, en suami tersayang pasti akan carikan.. Wah!! En suami pun Alhamdulillah tak de masalah untuk melayan kemahuan saya.. Dia on je... hehe..

Ni antara makanan yang saya teringin dan hampir kesemuanya dapat di penuhi oleh en suami tercinta..


Sunday, October 27, 2013

Supplement Membantu Saya Subur dan Hamil..Alhamdulillah..

Bismillah..

Pada entry yang lepas, saya share supplement yang saya gunakan untuk mendapatkan zuriat kan.. Dan pada entry kali ini, saya berbesar hati ingin kongsikan dengan pembaca sekalian tentang apa yang saya ambil. 

Mungkin ada yang berprasangka, bukan kerana supplement kita dapat pregnant, tapi di sini saya perlu ingatkan, kita hamba Allah hanya perlu berusaha sahaja, dan segala-galanya ketentuan Allah.. Jika Allah izinkan, maka berhasil lah..kita doa banyak-banyak ya..Allah mengikut sangkaan hambanya..^_^

Jadi, inilah dia set supplement yang saya amalkan sepanjang tempoh sebelum hamil tu..Seingat saya, saya dan suami baru je amalkan dalam sebulan macam tu, dan saya terus tak datang period. Mungkin rezeki saya dah sampai..Tapi pada anda yang baru mencuba, jangan ragu-ragu ya.. berdoa dan Insha Allah, Allah akan makbulkan. Cuma cepat atau lambat je..




Mengapa Set Kesuburan Shaklee?
  • Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks.
  • Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
  • Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
  • Meningkatkan kiraan sperma.
  • Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
  • Tingkatkan motiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal.
  • Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
  • Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.

Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Membantu Hamil?

Set ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi. Menurut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral.

Jom kita lihat bagaimana setiap satu multivitamin dan multimineral Shaklee membantu tingkatkan kesuburan. 

Vita Lea
Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam dalam. Oleh kerana gaya hidup yang sibuk, pemakanan yang tak sihat. Semua ini sebab kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi penting sehari-hari. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral. Pastinya badan akan lebih cekap berfungsi.

B Complex
Bagi suami, B Complex penting untuk menjana tenaga. Paling penting B Complex bersifat anti stress. Jadi suami atau isteri lebih menikmati masa 'bersama'. Bagi isteri pula, amat penting mengambil B Complex untuk merancang kehamilan. Kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna). 

Vita C
Memiliki tinggi kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Ini bagi bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

Alfalfa
Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.

Vitamin E
Bagi meningkatkan kualiti sperma. Vita E sangat membantu. Menambah kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing.

GLA Complex
Penting untuk isteri bagi menghasilkan 'cecair kesuburan'. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. Selain itu, GLA berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan. Juga membantu mengecutkan cyst jika ada.

Zinc Complex
Ini khas untuk suami. Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang perbentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.

Kombinasi vitamin dan mineral Set Kesuburan Shaklee akan beri harapan kepada suami isteri untuk memiliki cahaya mata. Rupa bayi yang comel, tangisannya membuatkan rumah tangga yang dibina bertambah berseri. Jangan pernah berhenti berharap. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. 

Thursday, October 24, 2013

Dengan Izin Allah, supplement membantu saya untuk kesuburan

Bismillahirrahmanirrahim..

Di post yang lepas, saya kongsikan bagaimana saya menghadapi tempoh 3 tahun perkahwinan tanpa seorang cahaya mata. Saya sangat-sangat memahami naluri wanita yang senasib dengan saya ketika itu.. Tapi, sebagai manusia, Allah suruh kita berdoa dan berikhtiar. Jangan putus berdoa.. Dan YAKIN yang ALLAH akan berikan rezeki tu bila dah sampai waktunya..

Berurut sudah.. Sengkak pun sudah.. Tapi tiada apa-apa tanda positif untuk pregnant.. My mom dah cadangkan untuk ambil set kehamilan Biodex.. Tetapi saya dan suami masih mahu bersabar. Plan memang nak beli PKB Biodex tu, tetapi mahal.. Walaupun saya mampu beli ketika itu, tetapi tak sampai sebulan pun untuk suami isteri perlu keluarkan belanja hampir RM500, so ianya membuatkan saya berfikir 2-3 kali la kan.. 

So, nak dijadikan cerita pada satu petang tu saya duk survey blog ni.. Dan saya tertarik untuk mengetahui set kehamilan . Saya buat research dan hasilnya saya decide untuk beli. Dan akak blogger tu guide saya dengan bagus sekali. Pada mulanya saya beli senyap-senyap tanpa pengetahuan suami. Tetapi akhirnya saya bongkarkan pada suami dan beritahu reason saya, kenapa saya bersungguh ingin mencuba. Salah satu faktor saya inginkan cahaya mata ialah faktor umur.. Yelah kan, next year saya sudah menginjak ke usia 3 series.. hehe..

Alhamdulillah, suami sokong dan saya pastikan dia makan supplement khusus untuk kesuburan dia tepat pada waktunya, begitu juga saya. Saya ingat lagi, saya dapatkan produk ni pada 23 Ogos 2013. Saya nekad untuk mencuba, manalah tahu rezeki saya pula kali ni kan..

Dan dengan izin ALLAH, ianya berlaku seperti yang di jangkakan.. Bulan september adalah last period saya dan okt period saya lewat 4 hari.. Dengan hati berdebar, saya try cek UPT dan sangat terkejut wujud 2 line.. Wow!! Ohsemmmm....Amazing!! Maha suci Allah..

Jadi, di sini saya harap anda yang menghadapi keadaan seperti saya, janganlah putus asa ya.. Insha Allah, kita usaha Allah akan beri.. So, saya akan kongsikan apa yang saya ambil pada entry akan datang ya..

Wednesday, October 23, 2013

My Journey Being A Mommy - Week 7

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, harini genap 7 weeks usia kandungan saya.. Dan harini saya sudah rasa semakin sihat dan tak de lagi morning sickness.. Mungkin kerana saya konsisten ambil supplement vitamin untuk hamil, jadi ianya mencukupi keperluan nutrisi tubuh saya yang berkongsi dengan baby..

Setiap minggu saya akan rekod apa sahaja yang saya rasa, kerana pada saya inilah pengalaman yang cukup berharga untuk seorang Mommy..Setiap hari juga saya akan timbang berat saya iaitu bangun pagi dan juga sebelum tidur.. Setakat ni berat masih maintain je.. Belum ada penambahan kg... Alhamdulillah..

Bermula minggu ini, apa yang saya rasai ialah perubahan selera makan dan kerap lapar. Agaknya memang begitulah simptom ibu mengandung ni.. Saya kerap rasa lapar dan juga kerap mengantuk.. Tersangat la mengantuk.. Bila baca balik review, rupanya memang begitu simptomnya.. ala, baby ni nak mommy tidur macam dia la tu.. heheh..

Harini saya teringin nak makan ikan bakar siakap.. Yummy.. akhirnya dapat juga makan.. sedap tau uols...hehe.. Encik suami pun tak kisah la kan... Kena layankan je la kehendak cik puan isteri ni.. Almaklumlah, isteri kan tengah bawa anak dia.. hehe..Terima je la ye encik suami tercinta..



Kenangan bergambar bersama baby Aiman (baby my BFF).. Waktu ni rupanya perut saya sudah ada 'isi', cuma saya je tak tahu.. hehe.. Patutla encik suami feeling lain macam je masa pegang baby ni.. Rezeki kami dah sampai... 



Nampak tak rupa encik suami yang dah ada bakat jadi 'daddy'..hee... dah start feeling tu.. ceh..hehe

Tuesday, October 22, 2013

Syoknya berkongsi dengan teman..

Bismillahirrahmanirrahim..

Syukur Alhamdulillah, semalam saya sudah kongsikan berita gembira tentang kehamilan saya pada teman-teman rapat terutama pada mereka yang mempunyai masalah seperti saya, iaitu usia perkahwinan menjangkau 2-3 tahun, tetapi masih belum dikurniakan seorang cahaya mata.

Sejujurnya, saya sangat-sangat memahami perasaan mereka yang inginkan kehadiran cahaya mata dalam perkahwinan mereka, begitu juga saya. Di sini saya kongsikan sedikit bagaimana perasaan saya sepanjang 3 tahun perkahwinan kami.

Sewaktu awal perkahwinan dahulu, saya agak ragu-ragu adakah saya di beri peluang oleh Allah S.W.T untuk bunting pelamin? Hehe.. Yelah, saya sendiri tidak begitu yakin pada mulanya, memandangkan saya mempunyai masalah 'period pain' (senggugut) teruk sedari sekolah menengah lagi.

Dari tahun ke tahun, saya menunggu dengan sabar dan sentiasa mengharapkan keajaiban itu.. Kalau nak cakap pasal kecewa tu memang la.. sebab setiap bulan saya mengharapkan tidak period iaitu hamil.. huhu... Tapi saya frust juga la sebb setiap kali cek UPT, keputusannya pasti negatif.

Sejak itu, saya malas dah nak fikir lagi soal ini dan teruskan sahaja kehidupan saya dengan gembira. Orang kata tak boleh stress kan.. So, saya dan suami menggunakan peluang ini untuk lakukan apa sahaja aktiviti bersama dan fokus pada kerjaya kami. Saya dan suami yakin, Allah akan berikan rezeki itu TEPAT pada waktunya.Dan Alhamdulillah, setelah tahun ke3 kami, Allah mengurniakan anugerah yang tidak terhingga ini.

So, saya pun berkongsi pada rakan-rakan saya yang senasib dengan saya tentang ikhtiar.. Ya..kita harus sentiasa berikhtiar.. Yang penting, jangan mudah putus asa dan sentiasa mencuba. Insha Allah, rezekinya akan ada juga nanti. Cuma cepat atau lambat sahaja.

Jadi, sekarang ni saya sudah kongsikan apa yang saya amalkan kepada seorang sahabat saya dan Insha Allah, saya akan cuba bantu beliau..

Okay ya, ni pun dah lewat pagi, mata masih tak mengantuk lagi.. saya harus berehat demi baby tercinta.. hehe...

Assalamualaikum semua..

Monday, October 21, 2013

My Journey Being A Mommy - Week 6

Bismillahirrahmanirrahim..

Minggu ini merupakan minggu ke 6 usia kandungan saya ini. Alhamdulillah, saya tiada apa-apa alahan lagi seperti mabuk.. Cuma, setiap pagi kebiasannya saya akan mula loya dan kembang tekak.. Hehe.. Mungkin ini petanda hormon kita tengah mengalami perubahan kan... Its ok for me..sebab ianya menunjukkan baby sedang membersar..

Oh ya, selepas saya mengetahui kehamilan ini, dengan secepat kilat saya duk buat search dan blogwalking tentang supplement untuk ibu preggy serta pemakanan yang sesuai untuk di amalkan.. Oleh kerana sewaktu sebelum hamil dulu, saya sudah mengamalkan supplement Shaklee iaitu set Kesuburan, so cepat-cepat saya teruskan juga supplement tersebut dan tukar kepada set hamil..

Apa yang bestnya Set Kehamilan Shaklee ni ye..?

Ya, memang best sangat tau.. Untuk 1st trimester ni saya ambil 4 supplement yang boleh memenuhi keperluan nutrisi saya sebagai seorang ibu hamil. Semestinya ianya memberi saya extra energy dan nutrisi untuk perkembangan baby yang sihat.

Insha Allah, saya akan jaga kandungan ini sebaiknya agar ianya membesar dengan sihat dan sempurna. Okey ya, saya akan kongsikan apakah set yang saya ambil tu di post akan datang.. stay tune...hiks.. ^_^



Saturday, October 19, 2013

Anugerah Terindah

Bismillah..

Tanggal 8 Oktober 2013, merupakan detik terindah dalam kehidupan saya dan suami. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Anugerah Terindah ini..

Pastinya mengalir air mata saya tatkala melihat tanda-tanda positif terutamanya 2 line merah selepas sahaja membuat ujian UPT.. Alhamdulillah, perasaan bercampur baur antara berdebar, terharu dan syukur..

Alhamdulillah, akhirnya impian kami untuk merasai nikmat ini tercapai jua di usia perkahwinan menjangkau ke tahun ke3 pada 13 November nanti. Inilah hadiah terindah untuk saya dan suami..kesyukuran yang tidak terhingga kerana Allah memakbulkan permintaan kami.


Ha, ni la set UPT yang saya cuba untuk mengenal pasti samada saya mengandung atau tidak. Mula-mula saya cek guna UPT yang kertas kecil tu je semasa saya nak berwuduk pada 8 Oktober tu. Hati ni saje la nak test sebab dah 4 hari period tak datang lagi.. Tapi kali ni saya tak de la excited sgt nak cek sebab sebelum-sebelum ni dah pernah test tapi selalu negatif. So, kali ni lepas celup kat urine tu, saya letak je test ni kt tepi tanpa toleh pun.. selesai je wuduk, saya jenguk la kejap kan... sekali saya macam tak percaya ada 2 line timbul..tapi masih samar-samar.. saya pun tengok banyak kali, kot-kot saya ni salah pandang.. kemudian, hati dan perasaan saya berdebar-debar dan panggil suami dan tunjuk..Dia pula blur je tak faham.. lepas saya jelaskan, dia seakan tak percaya dan peluk saya erat-erat..

Tapi saya perasan muka suami macam tak percaya.. Then saya beli la UPT digital dan buat ujian sekali lagi.. yesss...positif..I'm pregnant!!! Syukur...esok pagi kami cek di klinik dan barulah suami benar-benar yakin akan keputusannya.. Alhamdulillah..


Wajah ceria selepas confirm pregnant dari doktor..