Tuesday, April 1, 2014

My Journey Being A Mommy - 2nd Trimester (Week 17-28)

Bismillah..

Alhamdulillah, keadaan saya dan baby semakin sihat menjelang 3rd trimester ni. Saya dan suami sudah merancang untuk mengikuti kelas antenatal dan kelas excersice antenatal di Columbia Asia, Nusajaya. So, kami pun survey la harga dan juga amik tarikh yang paling dekat dengan kami.. Rupanya kelas tu semua nanti penghujung bulan mei..Aduhai. lama lagi la pulak kan..

Jadi, sepanjang bulan Januari - Mac, saya dan suami sibuk mengemas kedai spa kami untuk persediaan berpindah. Walau tak de lagi buyer, tapi kami tekad kemaskan je la dulu barang-barang yang dah tak digunakan. Memandangkan perut saya dah semakin membesar, kerja-kerja mengemas hanya suami yang lakukan, saya cume banyak berehat je.. hehe..

Alhamdulillah, akhirnya penghujung bulan Mac, kami dapat seorang buyer yang benar-benar serius. Dan April bermulalah perjalanan saya tanpa ada premis perniagaan.. Tapi saya rasa lega sangat kerana beban saya dapat di kurangkan apabila tiada komitmen lagi membayar sewa setiap bulan kan.. hehe..

Maka bulan ni saya dah inform en suami untuk berehat sehingga kelahiran pada Jun nanti.. Rumah sudah tunggang langgang dengan kotak-kotak barangan spa dan semua barang yang ada dalam kedai kami. Dan bulan ini juga saya sudah mengurangkan aktiviti spa saya kerana keadaan saya yang sudah sarat. Suami dan ibu saya tidak benarkan saya buat kerja-kerja berat, jadi saya bercadang untuk menggantikannya dengan perawatan bekam secara mobile...

Maka, bermula bulan April saya dan suami menawarkan servis bekam dari rumah ke rumah..dan Alhamdulillah, ramai rupanya yang belum mempunyai kesedaran tentang kebaikan bekam ni..Insha Allah, next entry nanti saya akan share tentang kebaikan berbekam dan pengalaman saya mengendalikan servis ini terhadap pelanggan-pelanggan saya ya..

Berbalik pada experience saya sepanjang tempoh minggu ke 17 hingga ke 28, saya banyak melalui pengalaman mengandung yang seronok. Yelah, seronok sebab tiada lagi alahan mengandung, tiada lagi badan letih dan lesu.. malahan, saya seronok mencuba pelbagai makanan dan melalui hair-hari tersebut dengan tenang..

Tapi, disebabkan kepenatan dan stress sewaktu mencari buyer kedai tu, menyebabkan saya di serang kencing kotor, tahap glukos dalam air kencing tinggi dan hb menurun dengan mendadak sekali sehingga 8. Memang la saya terpaksa minum air gula kan.. oh...tidak....!!

Mulanya, bila saya cek up di klinik swasta (Poliklinik Norbi) untuk melihat si kecik ni melalui scan 3D 4D, kali pertama pergi tu baby saya tidur..memang tak nampak langsung mukanya kerana keadaan kedudukan baby yang menyongsang dan muka paling ke belakang.. lama juga doktor Norbi panggil-panggil baby untuk bangun, tapi tiada respon. Baru saya teringat, waktu tu saya mengalami batuk yang teruk sehingga gatal-gatal tekak yang amat sangat. Jadi saya ambil la beberapa biji ubat sakit tekak seperti gula-gula berwarna merah tu..Sejak 2 hari ambil ubat tu, saya notice yang baby kurang aktif. So, no wonder la masa scan tu baby tidur.. Baru saya tahu yang ubat tu tak sesuai untuk preggy women sebab boleh menyebabkan ibu dan baby mengantuk.. aduhai...kesiannya anak mama ni.. kerana mama, awak pula yang tertidur ye syg..

Selain batuk teruk yang terpaksa saya tanggung hampir sebulan tu, saya juga mengalami alahan kulit sama seperti sebelum pregnant. Waktu ni, habis seluruh tubuh menjadi gatal dan setiap hari saya akan mandi air yang bertapis sahaja.. dan tentunya RxWater menjadi air mandian saya setiap hari. Dan dek kerana alahan kulit dan eczema saya kembali menyerang, saya hanya menggunakan sabun baby seperti Ezerra yang sangat lembut dan melembapkan kulit. So, memang renyah juga la waktu tu..dan disebabkan itu, saya jaga pemakanan dan cuba kenal pasti apakah penyebab faktor yang boleh menyumbangkan alahan. Kerana berkemungkinan, baby yang bakal lahir pun ada potensi mendapat alahan juga..

Okay, nanti saya akan share pic 3D baby saya ya.. so cute...harap-harap anak mama yang bakal lahir nanti pun cute mcm tu... ^_^ nantikan nexct entry saya yang seterusnya ya..bye...