Wednesday, December 18, 2013

My Journey Being A Mommy - 2nd Trimester (Week 13-16)

Bermulalah perjalanan saya melalui pengalaman hamil untuk fasa 2nd stimester. Syukurlah, sudah lengkap 1st trimester yang saya lalui dengan jayanya.. hehe..

So, orang kata lepas 1st trimester badan akan mula ok dan selera makan.. Ok...saya pun dengan yakinnya ingat dah tak de apa2 morning sickness.. Yelah, saya dah lama bercuti hampir 2-3 minggu.. wah.. dan ketika itulah kesian kat encik suami kerana kesana kemari memang seorang diri.. kalau tak memang saya je la jd peneman dia..

Untuk kali ini, pelik pula sebb saya tak mengidam langsung.. semua ok je.. makan je la demi memenuhi perut yang lapar.. Tapi memang saya lebih kerap lapar kali ni. Sehari tu boleh di katakan saya akan makan berulang2.. Sampai encik suami pun risau... takut saya naik mendadak.. Tapi saya ok je.. hehe..

Mulai saat ini, saya sudah mula amalkan pemakanan sunnah seperti Kurma, Madu dan buah2an kering sebagai kudapan.. Kurma dan madu tu saya amalkan setiap pagi sewaktu perut kosong.. Selepas itu saya akan ambil ESP Shaklee untuk memenuhi nutrisi harian saya.. Cukuplah sehari saya ambil segelas ESP iaitu setiap pagi sewaktu bersarapan.

Sepatutnya di kala ini, saya harus teruskan pemakanan set preggy Shaklee iaitu Vit B Complex, Vit C, Vitalea dan Omega Guard. Tapi entah mengapa, preggy kali ni saya jadi alahan dengan pil2 sebegitu.. Jika saya makan juga, memang saya akan pening dan muntah semula.. Mungkin diwaktu ini hidung saya sangat sensitif dengan bau pil2..

Jadi, sebagai pengganti kepada supplement preggy Shaklee, saya amalkan pemakanan sunnah seperti di atas agar sekurang2nya tubuh saya kekal bertenaga dan hb saya stabil. Ni pun atas nasihat dari sahabat2 saya yang pernah mengandung beberapa kali..

Selain itu, atas nasihat rakan, saya juga amalkan ubat hemopati untuk menggantikan pil2 yang saya tak boleh telan tu.. Alhamdulillah, saya dapat memberikan nutrisi yang mencukupi untuk bby agar perkembangan otaknya dapat di bina dengan cemerlang.

InshaAllah, lepas ni susu kambing Natalicious akan saya ambil pula bagi menggantikan susu-susu formula seperti Anmum, Friso dan EnfaMama yang saya pernah rasa semasa doktor memberikan sample. Kesemua susu2 tersebut sangat meloyakan saya.. Paling sedap ialah Anmum, tapi ramai yang tak galakkan sebb ianya membuatkan gula ibu meningkat dan boleh potensi kencing manis.. Susu Friso dan EnfaMama pula memang sedap juga cuma tekak saya sangat 'kembang' kerana terlalu berlemak.. Huhu..

So, atas nasihat best friend saya, saya nak amalkan pemakanan sunnah dan susu kambing. So, pilihan saya ialah Natalicous.. Insha Allah, nanti bila saya sudah beli, saya akan update untuk perkongsian bersama pembaca sekalian..

13 Disember lalu, kami pergi buat chek up kedua dan scan bby lg sekali.. Alhamdulillah, doktor cakap keadaan bby sihat.. Lagi sekali saya takjub dengan kuasa Allah SWT kerana kehadiran bby kecil ni di dalam rahim saya.. hehe..memang awesome!


Awesome sangat bila doktor gerak2kan scanner tu dan bby bergerak.. hehe.. Terima kasih Ya ALLAH...