Wednesday, November 13, 2013

Happy 3rd Anniversary sayang!! 13 Nov 2013



Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana harini tanggal 13 Nov 2013 genap sudah usia perkahwinan kami yang ke3.. Syukur Alhamdulillah, di kala kami meniti usia perkahwinan ke 3 ini, Allah mengurniakan nikmat yang tidak terhingga iaitu kehadiran 'dia' di dalam rahimku ini. Inilah saat yang di nanti-nanti oleh setiap pasangan suami isteri kan... ^_^ Takjub dengan Kuasa Allah yang Maha Kaya..

Harini seawal pagi lagi saya sudah merancang dengan suami untuk pergi buat cek up dan scan buat kali pertama.. Eee...tak sabar nak tengok 'dia' di dalam perut ni... Camne la keadaan dia kan.. Berdebar2 saya dan suami.. Yelah, macam2 cerita dan pengalaman kwan2 yang kurang bernasib baik yang hampir juga menghantui fikiran saya.. Tapi saya tak nak fikir camtu sebb saya tahu, guru saya pesan kita hendaklah selalu berfikiran positif dan sentiasa bersangka baik supaya ianya dapat menarik kebaikan dan positif sahaja... 

Alhamdulillah, ni la gambar scan ku yang pertama kali sewaktu bby berusia 10 minggu.. cute kan...? hehe..Awesome!!



Masa ni la pertama kali saya dan suami dapat melihat denyutan jantungnye.. Syukur Ya Allah, kerana memberikan ku pengalaman sebegini... ^_^

Selepas ke klinik, sepatutnya kami nak pergi dating.. kononnya nak meraikan anniversary la kan.. Tapi tiba-tiba dapat panggilan phone dari prospek en suami untuk jadi rakan bisnes.. So, dengan rela nye saya mengiyakan dan tak pe la.. kita celebrate petang-petang nanti je la ye..itu yg saya beritahu suami..

So, petang tu kami pergi dating dan makan di Vivo's Pizza di Jusco Bukit Indah.. So sweet.. Walaupun simple dan tak de apa2 hadiah pun, aku tetap bersyukur.. Dan harini dengan rasminya kami berkongsi berita gembira ini kepada rakan2 di FB.. Alhamdulillah, ramai yang ucapkan tahniah kerana akan menjadi mommy dan daddy tak lama lagi.. Hehe...

Ni antara bingkisan ucapan dari saya untuk en suami di FB..heheh,,.dan yang satu lagi tu ucapan dari suami untuk saya pulak.. 




Dan yang ni pula gambar-gambar kami ketika meraikan anniversary tersebut..




I Love U so Much sayang... Jaga Mama baik-baik k.. Jangan sia-siakan mama tau.. Jadilah imam mama dan daddy yang terbaik untuk anak-anak kita nanti ya..Mmuuaahh..