Tuesday, November 18, 2014

Pengalaman bersalin anak mama Muhammad Rayyan Rizqi

Bismillah..

Allahu akhbar..

Memang sudah lama saya tidak update blog saya ni.. terlalu sibuk mengatur masa bersama anak kesayangan mama ni. Ambil masa berbulan-bulan untuk memahami habit dan atur segala masa.. Memang power dan mencabar rupanya menjadi seorang mommy ni ya..


Entry kali ni saya nak share pengalaman saya bersalin untuk anak sulung ni. Fuhh.. memang tak de pengalaman kan sebelum ini, dan inilah satu-satunya pengalaman yang tidak boleh saya lupakan. Pahit getir menanti kelahiran dan bertarung mengeluarkan seorang khalifah Allah..


Ok, saya flashback semula 5 bulan ke belakang ya.. ^_^

22 Jun 2014 (Ahad) - seminggu sebelum puasa

Okeh.. untuk pengetahuan u all, saya ni bersalin dan kena induce 3x tau.. pertama pada 19 Jun, kedua 21 Jun dan ketiga semasa saya di LR.

5.00 pagi : Malam tu saya tak nyenyak tido. Terasa rimas sangat macam panas sangat malam tu tau. Then macam biasalah, time awal pagi camni saya akan terbangun dan nak bersihkan diri. Masa nak bangun dari katil tu, saya terasa seakan cecair keluar. Bila bangun eh kuar lagi sikit-sikit. 

Mulanya saya buat tak kisah je la.. Tapi hati berdebar-debar gak kot-kot ketuban pecah sendiri. Sebabnya semalam selepas induce kali ke2, petang-petang tu saya pergi turun naik tangga hosp nak bagi turun tanda. Dan maghrib tu saya perasan seakan ada tanda lendir coklat keluar di pantiliner yang saya gunakan.

Sewaktu saya berjalan menuju ke toilet, nurse dah mula panggil saya dan mengatakan yang saya dah mula pecah ketuban. Air menjijih kat kain yang saya gunakan. Tapi saya buat selamba je dan gtau nurse yang saya nak mandi dulu dan nak ke toilet.

Lepas je mandi, doktor cek jalan dan memang selaput ketuban saya dah pecah. Tapi jalan masih 3cm. Tanpa membuang masa doktor masukkan sejenis alat semacam chopstik dan plastik seakan muncung itik untuk cek selaput ketuban tu.

Ha.. masa ni memang seriau tau.. Yelah benda alah ni masuk kat kita punya kan.. then poopppss!! melimpah air ketuban di kain dan katil.. Terus nurse suh duduk di kerusi roda dan bawa masuk LR. 

Alamak, saya baru nak sarapan roti.. tak sempat sebab nurse terus bawa saya naik LR... laparnya..


5.45 pagi : Masuk LR dan wah.. inilah LR nye.. sejuk dan sangat selesa.. Hehe..1st class u all..

Cucuk sana sini dan saya pun terlena sambil menunggu suami sampai.


7.00 pagi : Suami saya sampai dan sentiasa berada di samping saya sampai la saat saya bersalin.

10.00 pagi : Rasanya dah beberapa kali saya terlelap. Kali ni doktor tengok CTG saya memang tak de contraction. Ubat ditambahkan lagi bagi berlaku contraction. Doktor chinese wanita ni cek bukaan masih 3 cm.. Dia pun tolong saya bukakan jalan lebih cepat lagi dengan seluk dan korek-korek dalam tu.. Masa ni memang tak sakit, saya relax lagi..

11.00 pagi : Ha.. contraction dah mula terasa. Mula-mula setiap 5 minit.. makin lama makin kerap setiap 1 minit. Memang sakit sangat Ya Allah.. Mulut saya terkumat kamit baca doa nabi yunus dan praktikkan pernafasan.

12.00 tengah hari : Kali ni memang saya dah tak boleh tahan. Doktor pun minta nurse bagikan gas etanoks untuk kurangkan sakit. Saya pula request untuk epidural. Walaupun suami dan kawan-kawan saya halang, tapi saya tak peduli. Saya dah sakit sangat kan..