Monday, October 21, 2013

My Journey Being A Mommy - Week 6

Bismillahirrahmanirrahim..

Minggu ini merupakan minggu ke 6 usia kandungan saya ini. Alhamdulillah, saya tiada apa-apa alahan lagi seperti mabuk.. Cuma, setiap pagi kebiasannya saya akan mula loya dan kembang tekak.. Hehe.. Mungkin ini petanda hormon kita tengah mengalami perubahan kan... Its ok for me..sebab ianya menunjukkan baby sedang membersar..

Oh ya, selepas saya mengetahui kehamilan ini, dengan secepat kilat saya duk buat search dan blogwalking tentang supplement untuk ibu preggy serta pemakanan yang sesuai untuk di amalkan.. Oleh kerana sewaktu sebelum hamil dulu, saya sudah mengamalkan supplement Shaklee iaitu set Kesuburan, so cepat-cepat saya teruskan juga supplement tersebut dan tukar kepada set hamil..

Apa yang bestnya Set Kehamilan Shaklee ni ye..?

Ya, memang best sangat tau.. Untuk 1st trimester ni saya ambil 4 supplement yang boleh memenuhi keperluan nutrisi saya sebagai seorang ibu hamil. Semestinya ianya memberi saya extra energy dan nutrisi untuk perkembangan baby yang sihat.

Insha Allah, saya akan jaga kandungan ini sebaiknya agar ianya membesar dengan sihat dan sempurna. Okey ya, saya akan kongsikan apakah set yang saya ambil tu di post akan datang.. stay tune...hiks.. ^_^



No comments:

Post a Comment