Sunday, June 1, 2014

My Besday!! Yehaaa...

Bismillah..

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi kerana memanjangkan usia saya sehingga ke hari ini. Hari ini genaplah usia saya 30 tahun.. wah..dah angka 3 series ye..Dan syukur kepada Allah kerana di usia ini Allah memakbulkan doa saya untuk menjadi seorang ibu.. ^_^

Pagi-pagi lagi saya dan suami bersiap sedia untuk menghadiri Antenatal Class di Columbia Asia Hospital. Kelas bermula jam 9.00 pagi hingga 12 tengah hari. Sesampai je di sana, rupanya sudah ramai pasangan yang hadir. Adalah dalam 10 pasangan bermakna 20 orang. So, terdapat 4 sesi iaitu sesi pengenalan tentang penyimpanan stem sel di tabung sel, sesi kedua tentang proses kelahiran yang disampaikan oleh Dr Rohaini, sesi ke3 pula tentang penyusuan ibu, bagaimana menyusu yang betul, dan sesi ke4 pula tentang teknik senaman yoga.

Paling saya suka ialah waktu sesi ke4 kerana dapat praktikkan senaman.. hehe.. orang lain elok je pakai seluar, yang saya lak pakai skirt.. tak pe la.. masa ni pun saya tak de la buat praktikal sangat sebabnya saya dah hadir pada sesi antenatal excercise tempoh hari kan..



Ni antara apa yang kami pelajari dalam kelas antenatal


Lepas je kelas, saya pun ajak suami pergi Jusco Bukit Indah untuk belikan saya kek Secret Recipie..Dapatlah sepotong pun jadi lah kan.. buat pengubat kempunan..besday kali ni tiada sambutan pun dan kami lebih kepada bersederhana.. Yelah, nak bersalin dah minggu depan ni..so dari membazir lebih baik duit tu simpan kan..Saya pun tak kisah suami tak beri apa-apa hadiah pun kerana pada saya hadiah yang paling besar dan tak ternilai ialah kelahiran anak sulung kami nanti..saya cuma minta doa restu dari suami agar meredhai setiap apa yang saya lakukan..


Gambar ni cilok dari FB suami.. hehe.. ni la rupa kek yang kami cuba tu.. nampak menarik, tapi tak de la sedap mana pun.. 

Okeh, saya pun dah penat, hari pun dah malam.. saya nak rehat dulu la ye.. insha Allah, next entry nanti ada banyak lagi yang ingin saya kongsikan..

Wasalam..

No comments:

Post a Comment