Thursday, June 12, 2014

Last checkup... 12 Jun 2014

Bismillah...

Wah.. harini last cek up saya dengan doktor Rohaini di Columbia Asia Hospital.. Esok 13 Jun 2014 adalah due date saya.. Teruja dan berdebar je rasa tau..Okeh.. pagi tadi saya dan suami berjumpa doktor Rohaini untuk pastikan keadaan saya.. Scan perut dan lihat keadaan baby Alhamdulillah segalanya bagus.. Air mentuban pun cukup, keadaan baby dah turun dan kepala sudah berada di laluan yang sepatutnya.. Alhamdulillah.. Bila doktor tanya saya samada ada apa-apa sakit atau turun tanda ke tak, memang tak de rasa langsung..pelik gak.. tu yang doktor Rohaini suruh datang lagi pada hari Isnin if masih tak de rasa sakit sebab doktor akan masukkan ubat.. Yelah, mana leh biarkan lama-lama overdue kan..Tapi ramai yang cakap biasanya anak sulung memang lambat bersalin sebab jalan belum ada.. so, dari pengalaman kawan-kawan lain, diorang pun overdue sampai 10 hari.. takut gak rasa tau bila diorang cite camtu..




Memandangkan sewaktu kandungan saya 8 bulan, saya dan suami bercadang untuk bersalin di Columbia Asia Hospital.. Tapi last minit, kami tukar plan dan bercadang ingin bersalin di Hospital Kulai je..Yelah, kalau dikira dari segi bajet, rasanya biarlah bajet bersalin tu saya simpan dan gunakan untuk baby nanti dari habis dibelanjakan di hospital private kan.. Kira-kira kos perbelanjaan bersalin di Columbia tu lebih kurang RM2800-RM3800.. tu bersalin normal.. tak masuk ubat induce lagi atau czer.. So, disebabkan tu la, saya bertukar fikiran dan redha je if memang takdir saya bersalin di Hospital Kulai atau Hospital Sultanah Aminah  (HSA) JB. 

Kenapa saya teringin sangat nak bersalin di Columbia ye? Hehe.. Yelah, sapa la tak nak selesa kan.. Of course la selesa sangat dan saya dapat pilih doktor wanita.. itu yang paling utama la.. Tapi, disebabkan memikirkan perbelanjaannya yang tinggi dan kami pun bukan ada cover apa-apa kan, so last minit tu la saya beritahu suami untuk hantar saya ke hospital kerajaan je.. memang la terkilan, tapi saya doa banyak-banyak supaya dipermudahkan segala urusan dan berikan saya doktor wanita yang akan menyambut kelahiran anak saya nanti.. Yang ni memang saya redha dan pasrah je tau sebabnya semua sedia maklum yang hospital kerajaan ni mana la leh demand kan.. lebih-lebih lagi di HSA tu.. pesakitnya ramai dan saya banyak baca review mereka yang pernah bersalin di sana, agak tak best gak la pengalamannya..Jadi, saya berdoa banyak-banyak agak dapat bersalin di hospital kulai je sebab di sana tak ramai pesakit dan yang sambut kelahiran tu adalah wanita semuanya..Tapi jika takdir saya overdue sehingga 6 hari, memang saya terpaksa ke HSA je la terus..

Saya selalu cakap kat baby supaya keluarlah cepat.. esok sepatutnya keluar.. tapi sampai skrg masih tiada tanda-tanda lagi.. malam ni kena senam lagi agrasif dan melompat la.. bagi turun tanda.. hehe..Ya Allah..permudahkanlah segalanya.. Doakan saya ya.. ^_^

Wasalam..

No comments:

Post a Comment